Tiada rombakan Exco di Perak

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 27 Feb 10 - Comments Off

TAIPING: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini berkata tiada sebarang rombakan barisan Exco negeri akan dilakukannya dalam waktu terdekat memandangkan Exco berkenaan memegang portfolio masing-masing dalam tempoh yang agak singkat.

Sebaliknya, beliau berkata barisan Exco sedia ada akan diberi satu tempoh masa yang bersesuaian untuk membuktikan keberkesanan masing-masing dalam melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan ke atas mereka dengan sebaik-baiknya.

“Ada satu jangka masa yang saya berikan kepada mereka dan selepas itu baru saya akan buat penilaian.

Read more »

Teladani sifat terpuji Rasulullah

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 27 Feb 10 - Comments Off

maulidurrasul

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu umat Islam mencontohi dan mengambil teladan empat sifat Nabi Muhammad iaitu sidiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fatanah (bijaksana) kerana ia adalah ciri-ciri penting untuk mencapai kecemerlangan.

Perdana Menteri berkata, empat sifat itu hendaklah dijadikan inspirasi dan diadaptasikan bagi memacu meningkatkan ummah yang progresif.
Read more »

Tuntut ganti rugi RM100j

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 27 Feb 10 - Comments Off

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyaman Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan tiga pihak lagi menuntut ganti rugi RM100 juta berhubung artikel disiarkan akhbar parti itu, Suara Keadilan yang didakwa memfitnahnya.

Zambry melalui peguamnya Firoz Hussein Jamaluddin daripada Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutannya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, pada jam 2.10 petang semalam.

Selain Dr Wan Azizah, Zambry turut menamakan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang juga Ketua Editor Suara Keadilan, penerbit Suara Keadilan, Pelita Koridor Sdn Bhd dan Percetakan NPK Sdn Bhd selaku pencetak akhbar itu, sebagai defendan.

Read more »

TAHNIAH..Dato Hasbullah..

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 23 Feb 10 - 2 Comments
Dato_Hasbullah_in_OUM_Today

Tahniah YB Dato Hasbullah..Akhirnya dalam pelbagai kekangan, terkejar – kejar antara komitmen kerja dengan belajar, dapat juga Tok Lah tamatkan pengajian. Kini dahpun bergelar pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengurusan..tak nak lanjut lagi ke..sebab kawan – kawan kata, depa pun hairan, kalau pasal Matematik yang orang lain pening, Tok Lah kata ..beh mudah jeh..dan memang mudahpun bagi Tok Lah..Tahniah anyway.

Cikgu Baha pun bergraduasi juga, tapi minta maaf lah, tak ada gambar..

       

Kunjungan Tun Abdullah Badawi

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 20 Feb 10 - Comments Off
07

Kunjungan YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dan Tun Jeanne Abdullah pada 19.02.2010 ke Gerik. YABhg Tun telah menunaikan solat Jumaat di Jame’ Gerik ( turut sama solat jenazah selepas Jumaat ), kemudian bersama Ketua Jabatan dan kepimpinan Hulu Perak untuk Jamuan tengahari. Pada sebelah petang YABhg Tun Abdullah dan YABhg Tun Jeanne diraikan pula oleh kira – kira 300 pemimpin masyarakat pelbagai kaum dengan Jamuan Petang di Dewan Persidangan. Pada Majlis itu, Tun Hj Abdullah dihadiahi sebilah golok buatan tangan orang Gerik oleh YB Dato Hasbullah Osman. Terima kasih Tun Abdullah dan Tun Jeanne, semoga sentiasa dipelihara Allah sepanjang masa hendaknya.

34 22 10 04

Ramah Mesra Tok Pa

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 18 Feb 10 - Comments Off
tokpa1

Lawatan Ramah mesra Tok Pa, Ahli MKT selaku Bapa Angkat Bahagian Gerik pada 15 Februari 2010. Bermula jam 6.30 petang dan solat Maghrib di Surau Felda Bersia 1.

Kemudian menunaikan solat di Surau Air Suda, diikuti dengan kunjungan ke rumah Cikgu Lop di Air Suda. Tok Pa dan rombongan kemudiannya diraikan bersama Ketua – ketua Cawangan dan JK Bahagian 4 Peringkat. Program berakhir dengan perjumpaan tertutup Tok Pa dengan pengurusan UMNO Bahagian Gerik. InsyaAllah Tok Pa, sebagaimana harapan Tok Pa agar Gerik terus kekal sebagai kubu kuat BN, begitulah harapan kami agar Kelantan dapat dirampas kembali oleh BN di bawah kepimpinan Tok Pa

 tokpa4  tokpa4  tokpa3  tokpa2

Bersama Kepimpinan Cawangan

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 18 Feb 10 - Comments Off
cawdunt

Bersama Kepimpinan Cawangan DUN Temengor ( 28.01.2010 ) dan Cwangan DUN Pengkalan Hulu ( 30.01.2010 ). Perjumpaan diisi dengan Taklimat Pindaan Perlembagaan UMNO, Program Kemaskini Ahli, Program Juara Rakyat dan isu – isu semasa.

Begitu ramai yang hadir di kedua – dua tempat dan ini menunjukkan kepimpinan UMNO peringkat Cawangan begitu bersemangat dan tidak pernah sedikitpun tergoncang akibat tsunami politik yang diwar-warkan. Terima kasih kepada semua yang hadir..Pertama kali ye kita nyanyikan Lagu UMNO Perak, Bersetia Berjuang Berbakti..semangat sekali ya..

jumpacawangandt2 jumpacawangandt cawdunph 11

Turun Padang..

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 18 Feb 10 - Comments Off
00

Program Turun Padang : Kg Sira Panas : 14.02.2010

YB Lah bersama dengan Che Mat Pejabat Tanah Hulu Perak berjumpa dengan penduduk Kg Sira Panas bagi menyelesaikan isu tanah Air Temin. Terima kasih Che Mat. Komitmen sebegini dengan mengorbankan cuti Tahun Baru Cina bagi membantu kepimpinan menyelesaikan permasalahan rakyat amatlah dihargai. Semoga lebih ramai lagi kakitangan kerajaan yang komited seperti Che Mat dalam melayani kehendak rakyat setempat. Alhamdulillah perjumpaan dalam harmoni ini akhirnya berjaya menguraikan simpulan masalah yang berlanjutan sejak sekian lama.

01 07 12 02

Bajet 2010 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat

Archived in the category: Uncategorized
Posted by admin on 08 Dec 09 - Comments Off

zambryIPOH, 28 OKTOBER 09 – Menteri Besar Perak, Y.A.B. Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir membentangkan Bajet 2010 Negeri Perak berjumlah RM739.58 juta dengan defisit diunjurkan berjumlah RM23 juta pada persidangan Dewan Undangan Negeri. Beliau berkata keadaan bajet defisit itu tidak dapat dielakkan kerana hasil yang dianggarkan tidak dapat menampung perbelanjaan yang semakin meningkat namun kadar defisit itu berkurangan berbanding defisit RM25 juta pada Bajet 2009.

Read more »